Tajuk Entry kali ni adalah Hudud Itu Haq Allah. Sekadar perkongsian ilmu.
Hudud itu hak Allah s.w.t. Bukan hak manusia. Oleh itu hak Allah swt, tidak dapat tidak, wajib untuk ditunaikan.
Aku bermula dengan Apa itu Haq Allah?
Hak Allah disini membawa dua maksud :-
1) Untuk kemaslahatan (kepentingan) masyarakat dan menjaga aturan am dalam masyarakat yang menjadi matlamat utama undang-undang Islam itu sendiri.
2) Apabila diakui hudud sebagai hak Allah, maka dengan sendirinya hukuman hudud TIDAK BOLEH DIGUGURKAN oleh individu atau masyarakat. tetapi boleh dimaafkan sebelum dibawa kehadapan hakim atau qadi (dalam perbincangan berkenaan bagaimana dikatakan gugurnya hukuman hudud)
Seterusnya, takrifan Hudud berdasarkan buku yang aku rujuk.
Kitab-kitab lama fiqh Islam yang dinukilkan oleh tokoh-tokoh perundangan Islam seperti Imam As-Shafie, Hanafi, Maliki, dan Hanbali serta murid-murid yang ulung yang lain, tidak secara khusus memberikan takrifan hudud ini. Cuma kesimpulan yang boleh dibuat adalah hudud adalah hukum-hukum tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah sebagai hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan tertentu yang digolongkan dalam jenayah hudud. Iaitu terdapat tujuh jenis kesalahan hudud menurut al-Quran :
Zina, minum arak, murtad, mencuri, merompak, memberontak, qazaf (tuduhan zina tanpa 4 orang saksi).
Al-Mawardiy mendefinisikan hudud sebagai :
"Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh tuhan sebagai balasan (hukuman) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan perkara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semula jadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat"
Antara hukuman-hukuman hudud itu, antaranya potong tangan dan kaki bagi mencuri, rejam bagi penzina sudah berkahwin, 100kali sebatan bagi yang belum berkahwin, buang negeri, bunuh bagi yang murtad, dan sula.
Semoga Allah memberkati guruku
Professor Dr. Hashim Mehat
-------------------------------------
Untuk apa aku ceritakan tentang ni? Sebab masyarakat perlu sedar. Dan tidak terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang "berpengaruh" . Kerana apa? Kerana mereka mengangap bahawa hudud ini tidak boleh dijalankan. antara alasan-alasan mereka yang aku baca bila mengoogle :-
"Hudud tidak sesuai dijalankan di Malaysia kerana Malaysia berbilang kaum"
dan sebagainya..
Untuk pengetahuan saudara/i sekalian. Sudah tertulis di dalam kitab suci umat Islam iaitu al-Quran tentang Hukuman jenayah, Perundangan, Sosial, Politik, Ekonomi, dan sebagainya. Sudah tertulis di Luh Mahfuz. Mengapa kita, manusia biasa, yang diciptakan daripada lumpur yang busuk, daripada air mani yang hina, menghukum bahawa sistem perundangan Islam itu, mahupun jenayah, ekonomi, sosial dan sebagainya sesuatu yang tidak sesuai dijalankan, sesuatu yang lucu, atau sesuatu yang tidak relevan?? Mengapa jadi seperti itu? Mengapa?? Sedangkan hukum itu diturunkan oleh Allah yang menjadikan kita daripada segumpal darah hingga terbentuk tulang belulang. Kenapa kita yang sesuka hati membuat andaian, kesimpulan, dan macam-macam buah fikiran? kenapa kita?
Kenapa kita yang cuba untuk menafikan hak Allah itu? kenapa kita? Umat Islam.. Umat tauhid yang tulen.
Aku ingin menjawap pernyataan-pernyataan kurang ilmu seperti di atas tu..
Pertama sekali, hudud tidak sesuai dijalankan di Malaysia kerana Malaysia berbilang kaum. Ringkas sahaja jawapannya, Hukum hudud tidak berlangsung atau dalam erti kata yang mudah, TIDAK TERPAKAI KEPADA ORANG KAFIR.
is it clear ?
Kedua : Ianya hukuman dahulu kala dan tidak relevan.
SIAPA KAU MAU CAKAP TIDAK RELEVEN?,, Ini bukan haq manusia. INI HAK ALLAH.
Ketiga : Lucu?
Kerana apa? Kerana kau orang yang tiada ilmu pengetahuan!
Hukum Allah tidak akan berubah. Baik sejak zaman Nabi Muhammad sehingga hari kiamat.! Umat Islam perlu lebih mengkaji dan membaca. Bukan taklid membuta tuli. Menerima tanpa mengkaji. Semoga Allah memberikan kita kefaqihan dalam beragama. Amin Ya Rabbal alamin.
Hidup ini caturan. Berhati-hati membuat perhitungan.
No comments:
Post a Comment