Agak-agak pasal apa ya. Orang selalu cakap :
"Kalau pasal waktu solat adik aku yang umur 3 tahun pun boleh jawab".
Hehe...its Okey lah kalau macam tuh.
Anyway, aku nak kongsikan pasal waktu solat. Kalaulah ada orang tanya kita pasal waktu solat. Contohnya :
" Cuba ko sebutkan waktu-waktu solat?"
mesti ada yang jawab macam ni :
" Soalan pa la yang ko tanya ni. Teda yang lebih susah ka?. mestilah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak"
Ni la jawapan yang salah :))
Do you want to know why??
Sebab..
Waktu solat bermula pada waktu Zohor, bukan waktu Subuh.
Hadith:
Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda,
"waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari".
Katanya:
" kalau ada orang tanya antum waktu solat bagaimana antum jawab."
ada la jawap macam kat atas tu..hehe
Katanya:
" Berhati-hati, kerana orang boleh lihat kita ni orang yang berilmu atau pun tak dengan soalan yang senang macam tu je "hehe
------------------
Jazakallah Khairan Kathir Ustaz :)
No comments:
Post a Comment