Tajuk entry kali ni yang aku nak kongsi adalah Qada dan Qadar.
Wat is Qada dan Qadar?
secara ringkasnya aku sebutkan maksud dari segi bahasa supaya lebih difahami,
Qada means pelaksanaan
Qadar pula adalah sukatan
Kedua-duanya terbahagi kepada dua bahagian. Ada juga yang bahagikan kepada empat bahagian tapi sama ja sebenarnya. Yang pertama Qada Mubram dan yang kedua pula Qada Muallaq. Aku jelaskan secara umumnya,
Qada Mubram adalah sesuatu yang pasti berlaku. Contohnya mati. Mati itu pasti.
Qada Muallaq pula adalah ketentuan yang tidak pasti akan berlaku bahkan ia bergantung kepada sesuatu. Aku bawakan contoh ; Panjang umur. Mengeratkan silaturrahim akan dapat memanjangkan umur. maksud hadis. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmidzi)
Walaubagaimanapun, Qada Muallaq yang selalu menjadi perselisihan di kalangan manusia dimana, sebagai contoh :
" Kenapa ko miskin ?"
" Nak buat macam mana.. Dah takdir."
(bida lagi soalan hihi)
Wrong!! totally wrong.. nak tahu sebab apa? sebab Qada Muallaq adalah sesuatu yang boleh berubah. Dengan apa ia berubah? Macam-macam cara. Tapi salah satunya adalah dengan berdoa. Kita baca firman Allah swt dalam surah al-Rad ayat 11 :
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ
Maksudnya :" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"Is it clear?
thats means, kalau kita miskin macam mana sekalipun. dengan berusaha dan berdoa mungkin kita boleh bina rumah yang besar. Begitu juga kalau kita "kurang pandai" sekalipun dalam pelajaran. Dengan berusaha dan berdoa kita mungkin boleh jadi pelajar terbaik.
Am i right?
Pernah satu hari ada orang ajukan soalan dengan aku tentang kekeliruan terhadap Qada dan Qadar ni.
Soalannya berbunyi begini :
" Okey, betulkan segala apa yang telah kita lakukan telah berada dalam pengetahuan Allah swt?"
"Betul"
"Jadi macam mana kalau kita buat benda-benda maksiat contohnya minum arak, adakah itu juga sudah tertulis dalam Qada dan Qadar kita?"
"Betul"
" Tapi kenapa Allah membenarkan perkara tu berlaku?"
" Salah. Itu Salah. Yang membenarkan perkara itu berlaku adalah kita. dengan sebab godaan syaitan dan kurangnya keimanan dalam diri. Boleh jadi itu adalah ujian bagi kita sama ada kita bertahan atau tidak dengan bisikan syaitan yang menyuruh kita berbuat mungkar. Dan perlu ingat. Sekiranya kita ditakdirkan untuk menjadi orang yang berbuat derhaka kepada Allah swt, maka kita boleh mengubah takdir itu. Kerana apa?. Kerana itu merupakan Qada yang ketentuannya boleh berubah bergantung bagaimana hambaNya memanfaatkan dirinya sebagai hamba Allah swt. Wallahu'alam."
Sekadar perkongsian Ilmu. Sekiranya aku salah sila tegur aku. Sekiranya ada penjelasan yang lebih baik. Kita boleh berkawan :)
Jalan yang kita lalui mungkin berliku. Mungkin juga lurus. Walau apa juga jalannya, teruskan berjalan. Semoga kita berjumpa didalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment