Kita lihat bagaimana Palestin bumi anbiya, dijajah oleh kuasa barat. Salah satu faktornya adalah kerana perpecahan di dalam negara itu sendiri. Dimana telah tercetus peperangan antara Hamas iaitu Harakat al-Muqawamat al-Islamiyyah ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin, As-Syahid Abdel Aziz al-Rantissi dan Mohammed Taha pada permulaan Intifada sekitar April, 1993 (Semoga Allah memberkati pejuang-pejuang syahid ini) dan juga Fatah iaitu Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin ditubuhkan oleh Yasser Arafat dan Khalil al-Wazir pada 1960 di Algeria.
Kita melihat bagaimana pergolakan dalaman menyebabkan sesebuah negara itu dengan mudah untuk mendapat campur tangan kuasa asing. Dimana kuasa asing ini pada dasarnya hanya menyatakan matlamat untuk membantu. Tetapi ternyata ada udang disebalik batu. Hal ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya keteguhan dalaman antara pemimpin dalam sesebuah negara. Seterusnya kita ambil contoh daripada Libya. Dimana rakyatnya sendiri bangun untuk memberontak sehingga membunuh presiden mereka. Walaupun tidak dinafikan banyak kebaikan yang diberikan oleh Gaddafi semasa hayatnya kepada rakyat Libya. Namun ia tidak dapat menutup kezaliman yang dilakukannya. Tidak perlu aku nyatakan kezaliman apa yang dia lakukan. Cuma kita doakan semoga Allah mengampuninya di atas kebaikan yang dia berikan kepada rakyatnya.
Begitu juga apabila kita melihat dalam konteks Malaysia pada hari ini. Dimana kita menyaksikan perbalahan antara pimpinan-pimpinan, sementara bangsa lain gigih berusaha mengatur strategi untuk menghapuskan Melayu dari bumi bertuah ini.
Ini sesuatu yang perlu kita ambil pengajaran dan seharusnya membuka mata kita. Tidak menghairankan sekiranya kita juga bakal menurut jejak langkah Libya dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik. Pada hari ini juga, kita lihat rakyat sudah tidak lagi hanya "wait and see" sahaja. Sebaliknya rakyat sudah hebat untuk menilai antara kebenaran dan kebatilan.
Oleh itu, sewajarnya segala perbalahan dalaman perlu dielakkan. Sememangnya perbezaan pendapat itu ada, namun tidak lah perlu berbalah dan menuding jari antara satu sama lain. Tiada penyelesaian yang lebih baek melainkan kita umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunnah Nabi kita Muhammad saw. Alangkah indahnya bumi bertuah ini sekiranya kita sebagai rakyat mempunyai pemimpin yang berakhlak dan sentiasa berpegang teguh pada tali Allah swt.
Teringat aku dengan kata-kata Saidina Abu Bakar As Siddiq ketika mana beliau dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah saw :
" Wahai semua yang hadir. Aku dilantik menjadi pemimpin kamu padahal aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku seorang yang berlaku baik. Tolonglah aku. Sekiranya aku berlaku buruk. Perbetulkan aku. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu menjadi kuat disisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat pula, menjadi lemah disisiku sehingga aku bertindak ke atasnya dengan cara yang benar. InsyaAllah. Tidak ada seorang meninggalkan kewajipan berjihad menegakkan Islam. Maka sesungguhnya tidak ada kaum yang meninggalkan kewajipan berjihad melainkan Allah menghukum mereka menjadi hina. Taatilah aku selagi aku taat Allah dan Rasul, maka apabila aku menderhaka Allah dan Rasul, kamu tidak wajib mentaatiku"
Begitula pidato saidina Abu Bakar yang sangat meruntun jiwa. Sahabat karib Nabi, sanggup mengaku kelemahan, sanggup untuk ditegur dan sebagainya. Tapi kita? Tepuk dada tanya iman:)
Sekadar perkongsian ilmu, percambahan minda
No comments:
Post a Comment