Saturday, April 28, 2012

Hari dalam Sejarah

Apa sejarah hari ini?. Dimana pada hari ini telah berlangsung perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. aku x tahu bagaimana perkembangan disana. 
Apa itu bersih 3.0? Secara mudahnya aku katakan bersih tu menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil. Bersih 3.0 sebagai kesinambungan daripada Bersih 2.0 yang menuntut agar dibersihkan Senarai Undi (Daftar Pemilih), mereformasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh berkempen minima 21 hari, mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Hal ini juga disebabkan SPR tidak telus dalam menjalankan proses pilihan raya. berikut merupakan isu-isu yang gagal ditangani oleh pihak SPR.

2.0 Isu-isu berkenaan Daftar Pemilih yang gagal ditangani oleh SPR
 
2.1 Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen

Di antara bulan Mac 2008 dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen dimana mereka mengundi pada PRU ke-12 tanpa keizinan mereka.  Alasan yang diberikan oleh SPR ialah mereka menjalankan proses memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya ke kawasan yang sepatutnya.  SPR menggunakan peruntukan undang-undang di dalam seksyen 7 Akta Pilihan Raya iaitu memperbetulkan kawasan daerah mengundi dan lokaliti di dalam aktiviti belah bahagi untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Prinsip Belah Bahagi di bawah tajuk Sempadan Pilihanraya jelas menyatakan:
 
"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja.  Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH sama sekali melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk mencantumkan dua daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan dua bahagian Pilihan Raya yang berlainan."

Aduan rasmi daripada Ahli Parlimen Subang kepada SPR berhubung isu tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Subang adalah dilampirkan dalam Apendiks 1.
 
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan serta-merta untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12.  Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.
 
2.2 Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR
 
Pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh JabatanPendaftaran Negara.  Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulanyang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.3 Nama pengundi yang melebihi 100 tahun
 

Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun!  Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900.  Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.
 
Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.
 
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari.
 
2.4 Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina
 
Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki.  Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.
 
Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.
 
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.
 
2.5 Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos
 

Satu kajian bebas ke atas Daftar Pemilih mendapati bahawa terdapat lebih kurang 4,500 nama isteri kepada anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos.  Isteri kepada anggota polis sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. SPR telah memaklumkan kategori anggota keselamatan yang layak menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis sahaja.
 
Contoh senarai isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah dilampirkan di Apendiks 4.
 
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.



******


Ini menunjukkan ketidaktelusan dalam proses pilihan raya. walaubagaimana pun, hal ini telah dibawa masuk ke dalam dewan Rakyat untuk dibahaskan dan telah pun diluluskan walaupun berlaku kekecohan yang tidak sepatutnya mencerminkan perilaku seorang pemimpin. dan korang boleh google jak la apa masalahnya.

Tapi apa yang menjadi kemusykilan aku, kenapa perhimpunan Bersih 3.0 masih berlangsung, sedangkan apa yang PSC telah pun dipersetujui dan diluluskan ? 

Oh mungkin, sebab tak semua yang tuntutan yang mereka buat diluluskan oleh pihak kerajaan. Mungkin ini sebabnya mengapa hal ini masih berjalan.

Bagaimanapun, aku setuju tentang isi kandungan BERSIH 3.0 walaupun aku tak menyokong Ambiga. Sebab apa? sebab dia pengerusi LGBT di Malaysia ni. Walaupun dia kafir. Aku tetap tak sokong. Sebab isi kandungan Bersih itu yang aku persetujui. Bukan atas dasar politik. 


Tapi, honestly.aku tak suka kekecohan. himpun2...menyusahkan orang ...tapi bila suara rakyat sudah tidak lagi didengar... maksiat berleluasa.. rasuah macam hebat.. sorry to say lah...


dan lagi satu,..aku dapat tau ada yang melibatkan kematian wak2 Bersih semalam..dan pada aku pihak polis sudah melampau. tidak patut mencederakan orang awam sebegitu. tapi mungkin juga orang awam bertindak agresif. sebab tu polis buat macam tu. am i right?  tapi dalam kes macam ni sewajarnya..give and take la...orang awam bebas suarakan suara hati. pihak polis jaga jak keselamatan. tapi apa y berlaku sebaliknya. ini lah kalau semua orang mau betul jak. aku bersifat tak menyebelahi mana-mana pihak.


pokok pangkalnya selagi ada ruang untuk berunding. selagi itulah benda alah himpun2 hingga sebabkan kekecohan macam ni tak wajar. pemimpin boleh buka meja rundingan walaupun usul ditolak berkali-kali. tapi kalau stakat usul dua tiga kali ditolak tu..lumrah la..boleh cuba lagi.


then..tu semua pendapat peribadi aku. boleh jadi aku ikut emosi dan boleh jadi aku salah. aku cuma tak suka kekecohan.
I love nature!!! 


Teda kena mengena lagi :))))

No comments:

Post a Comment