Mencari hidayah...
Jauh disudut hati..Resah gelisah..
Menanti hidayah..
Kenapa hidayah tak kunjung tiba..
Duhai hati,
Hidayah itu perlu dicari..
Hidayah itu milik Illahi..
Minta padaNya..
Dalam kudusnya doa..
Hidayah itu sukar dicari..
Tapi untuk mendapatnya, itu pasti..
Usah salahkan diri sendiri..
Tatkala hidayah belum menjengah lagi..
Tingkatkan amalan pada Illahi..
InsyaAllah..
Allah Maha Mengasihani..
Sayunya Hati..
Bagaimana kalau ku mati...
Dengan amalan sebegini..
Tanpa hidayahMu Rabbi..
Gemarku nukilkan rasa hati ini..
Dalam tulisan dipapan ini...
Bukan pintaku untuk disanjungi..
Takutku riya di dalam hati..
Cukup sekadar memperingatkan diri sendiri..
Untuk melafazkan bicara hatiku padamu
Sungguh ku tak mampu..
Aku takut titian sirat tak menyebelahiku..
Kerana aku juga sepertimu
Berasa hitam noda hatiku..
Janjilah padaku..
Jangan kau tinggalkan aku..
Kalau ku bengkok..luruskan aku..
Kerana ku juga sepertimu..
Berasa hitam noda hatiku..
Takut aku jatuh dijurang..
Tanpa kau disisiku..
Buatmu Sahabatku
Siti Amanda Binti Lokman

No comments:
Post a Comment