Thursday, May 10, 2012

Palestine Will Be Free

Alhamdulillah, hari ni kelas tak da. Free. huhu. Saja keluar jalan-jalan p pusanika sambil wat keja sikit. Ada exhibition pasal Palestine. Aku pegi tinjau-tinjau. then ada seorang warga Palestine ni yang jadi instructor aku. Dia bagi tengok gambar-gambar rakyat Palestine, gambar al-Aqsa, gambar Gaza, macam-macam lagi lah. 
Mengikut cerita dia, hampir setiap hari rakyat Palestine diseksa, dibunuh dan sebagainya.
Semalam sahaja ada beberapa Palestinian yang dibunuh. 
Dimana wilayah Palestine kini mempunyai dua kerajaan iaitu Hamas dan Fatah. Hamas memerintah di Gaza dan Fatah memerintah di West Bank bersama-sama Israel Laknatullah. 

Cukup menyayat hati melihat bagaimana rakyat Palestine diseksa dan diusir di negara mereka sendiri. Hidup dalam keadaan yang tidak aman. Aku sempat bertanya dengan dia, tentang adakah dia ada keluarga sekarang di Palestine. Dan dia cakap ada, mak, ayah, adik beradik, kawan-kawan. MasyaAllah. Katanya lagi, walaupun hidup dalam suasana yang tidak tenteram macam tu, mereka tetap akan bertahan di sana sebab mereka takkan membiarkan bumi Palestine ditakluki dengan mudah oleh Israel Laknatullah. Hidup perlu diteruskan katanya.

Dapat aku lihat bagaimana semangat dia seorang Palestinian yang berkobar-kobar untuk membebaskan tanah airnya daripada musuh Allah itu. Dan aku sempat gak bertanya pasal Masjid al-Aqsa sekarang, dan seperti yang aku dengar,  memang masjid al-Aqsa telah ditawan oleh Israel Laknatullah dan memang Israel Laknatullah berhajat untuk meruntuhkan al-Aqsa dimana mengikut ceritanya dan gambar yang aku tengok, pihak Israel Laknatullah telah menggali sebanyak 100 terowong di setiap keliling al-Aqsa. 

Dekat situ juga dia tunjukkan penjara yang dibina oleh Israel Laknatullah. dimana ada satu penjara tu yang lebih kurang keluasannya macam tandas yang sempit dan tertutup, dimana orang yang dipenjarakan tidak dapat berhubung dengan sesiapapun. dia ceritakan ada orang yang ditahan selama 23 tahun dalam penjara tu. MasyaAllah. Bukan itu saja, bahkan ada yang tidak diberikan makan selama 25 hari cuma air sahaja. Begitulah kekejaman Israel Laknatullah. Bahkan lebih lagi. Katanya lebih teruk dari penjara di Guantanamo. 

Wilayah palestine dikelilingi tembok yang memisahkan antara satu sama lain. Palestinian tidak ada jalan keluar kerana mereka dikelilingi tembok pemisah. Cuba bayangkan kehidupan kita sekiranya jadi seperti itu. Menurut ceritanya, jarak antara rumahnya dengan laut cuma 10km dalam 20 minit tapi dia tak dapat keluar dari tembok yang dibina oleh Israel Laknatullah. 
Dan seluruh wilayah Palestine didiami oleh rakyat Israel Laknatullah. Menurut statistik yang aku lihat, terdapat cuma 31 orang remaja Palestine yang berumur 16 tahun ke bawah pada ketika ini. Betapa Israel Laknatullah ingin menghapuskan Palestinian dari bumi anbiya itu. 

Kemudian, mungkin pada satu peperangan pihak Hamas telah berjaya menawan seorang tentera Israel Laknatullah. Oleh itu pihak Israel Laknatullah telah membuat tawaran supaya tenteranya dibebaskan oleh pihak Hamas. Cuba teka berapa nilai seorang tentera Israel Laknatullah tu??
Hanya Seorang tentera Israel Laknatullah ditukarkan dengan 1027 Palestinian yang berada dalam tawanan Israel Laknatullah. MasyaAllah, ada yang bertahun-tahun berada dipenjara ada yang telah kehilangan keluarga, ada yang masih ada ibu dan bapa.

Dan janji Allah itu tetap benar, dimana waktu exhibition tu, aku telah lihat Tunisia, Libya, Syria dan negara-negara Arab yang lain telah bergerak ke arah sistem Islam. Dan cuma perlu tunggu sedikit masa lagi untuk giliran Palestine megikut jejak langkah mereka. Dan janji Allah itu tetap benar!. 

Dan sebelum itu, mari kita rakyat Malaysia, dan Umat Islam, membantu saudara kita dengan mengadakan boikot terhadap beberapa barangan Israel Laknatullah. Sedikit sebanyak, InsyaAllah akan mampu untuk melumpuhkan Israel Laknatullah. Cuma perlu boikot Coca cola- Nestle- Loreal- McDonald. Sebenarnya ada banyak lagi barang yang laen. tetapi Cuma ini, perlu kita fokuskan. Kuantiti itu tak penting. Kesannya yang penting. Inilah Jihad kita untuk membantu saudara kita. InsyaAllah.

Subhanallah, Marilah kita bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada para Syuhada yang telah syahid di Palestine. Semoga kita juga mendapat khusnul khatimah seperti mereka. Doakan juga Laknat buat Israel. Dan jangan pernah melupakan Nakbah 15hb Mei 1948!!



PALESTINE WILL BE FREE
Amin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment