Semua orang inginkan kebahagiaan. semua tindak tanduk manusia adalah kerana manusia inginkan kecapi kebahagian terhadap diri sendiri. walau apa juga caranya. walau apa pun tujuannya. orang yang mencintai sesuatu juga memiliki tujuan. dan bukan cinta itu sendiri tujuannya melainkan apa yang dihasilkan oleh cinta iaitu kebahagian hati. begitu juga dengan duit. kebahagiaan tidak terletak pada duit melainkan apa yang dihasilkan oleh duit tersebut iaitu kebahagian hati.
Sesungguhnya yang merasakan kebahagiaan itu adalah hati. kalau hati senang. tenteramlah jiwa dan tubuh badan. namun, tiada kebahagian yang sempurna di dunia ni. rasa-rasanya, pernahkah kita alami kebahagian yang sempurna di dunia ni? cuba refresh balik.
Kalau kita katakan kebahagian kita dengan memakan makanan yang lazat, tapi setelah itu kita akan merasakan perut memulas dan rasa mengantuk dan sebagainya.
Kalau kita katakan mempunyai harta yang banyak, adalah kebahagiaan, ketika kita menghadapi mati harta tu pun kita tidak boleh bawa masuk dalam kubur.
Tiada kebahagian yang hakiki di dunia ini. kekayaan tidak akan melegakan selamanya. cinta juga tidak akan membahagiakan selamanya. kebahagian hakiki hanyalah di Syurga. kenikmatan dan kesenangan yang sempurna hanyalah di Syurga.
Dalam mencari kebahagiaan, carilah syurga. marilah kita sama-sama mengkhayalkan syurga. teringat bila sy berjalan di satu kedai buku. terlihat sebuah buku, katanya " sekiranya syurga dan neraka tidak ada, maka apalah erti hidup di dunia" lbh kurang begitu. teringat juga kata-kata ayah " Dunia ni kalau kita kejar, tak terkejar".. :)
Apa sajalah dunia ni sekiranya ini yang kita ingini. bukankah kita diciptakan agar mencari syurga?. bukan berzuhud. tapi kembalilah kepada fitrah. kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. dan Ibadah itu janjinya Syurga..
Peringatan buat diriku yang lemah kerana tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai khalifah buat diriku juga saudaraku :(
.jpg)
No comments:
Post a Comment