Monday, March 5, 2012

Pembentang Kena Sindir

Tajuk entry pada kali ini adalah "pembentang kena sindir"..actually baru balik dari kelas...ada presentation hari ni...alhamdulillah smua berjalan lancar..sesi soal jawab selepas pembentangan aku..and...aku dapat lihat yang pada ketika itu agak sengit sekali...huhu...banyak soalan yang diajukan tapi aku x dapat jawab dengan baik..
and...tiba pada soalan terakhir..ada sorang budak lelaki hensem tanya...tentang pengalaman dia..ada org cina tanya dia tentang..


"kenapa perempuan Islam memakai tudung yang bermacam2..kenapa xsama? adakah Islam itu sendiri berbeza2?"

sudah...apa ku mau jawab ni...kebetulan hari ni aku malang sket..aku pki tudung yang pendek sikit..huh...agak berdebar juga disoal macam tu..dan aku nampak kawan2 laen tengok tudung aku..

well..mesti profesional..aku jawablah..kunun2 aku pandai

" ya,,mcm dalam al-quran, menyatakan bahawa tudung tu mestilah dibawa paras dada, so bergantung kepada kefahaman individu masing2 lah"

pastu..aku blur gak...toing..toing..tapi jawapan aku tu tak memuaskan..so dibuka untuk kawan2 laen lagi untuk jawab..dan..antara-antara jawapan yang aku terima "mungkin" ingin menjaga hati pembentang "maybe"..hehe..dyorang pun cakap bergantung pada kefahaman masing-masing dan sejauh mana Islam itu sendiri meresap dalam hati sanubari tiap orang..


sudah..


mcam terasa kali..tapi...pada aku, kita kena fikir hikmah..apa hikmahnya sesuatu perkara ni berlaku..tidaklah kita ni jadi orang yang cuma tahu memandang jak tapi tak berfikir.. so, mungkin pada ketika itu Allah s.w.t telah jentik hati aku dengan cara yang macam itu..lepas ni..beware of my tudung!!




insyaAllah..nanti :)


No comments:

Post a Comment