ajari aku cinta untuk bersabar..
untuk menemukan imam yang benar
untuk menjaga segala kemuslimahanku
mengangkat darjat keimananku
serta membawaku dalam indahnya agama Allah
ajari aku cinta untuk bertahan
pada kebaikan
pada keistiqamahan
pada indahnya cinta tanpa sentuhan haram
pada keindahan cinta yang selalu terpendam
ajari aku cinta
seperti para makhluk tuhan yang sering berzikir
dijauhkan dari manusia-manusia kafir
dan selalu ada dalam kerendahan hati tanpa kikir
ajari aku cinta
aku ingin memilikimu kerana Allah
aku ingin mendampingimu kerana Allah
aku ingin mencintai juga melengkapi kerana Allah
kerana aku mencintaimu kerana Allah
jadilah imamku yang sempurna
yang selalu mencari cinta dijalan Allah
untukkmu yang akan menjadi imamku
dedicated for : Someone

No comments:
Post a Comment